GAMBARAN KESELURUHAN

Teknologi Energy Wave menggabungkan sistem meridian, iaitu konsep perubatan Cina tradisional (TCM) dengan teknologi tenaga skalar, iaitu gelombang longitud yang menguruskan DNA dan komunikasi sel ke sel.

SISTEM MERIDIAN

Akupunktur adalah teknik Perubatan Cina Tradisional yang menggunakan sistem meridian bagi manusia, dan masih diamalkan secara meluas hari ini. Golongan Cina pada zaman dahulu mempercayai bahawa tenaga, atau Qi mengalir melalui titik-titik meridian yang boleh dipetakan pada seluruh badan, dan setiap satunya mempunyai tujuan yang berlainan. Inilah yang dinamakan sistem meridian. Jika aliran tenaga daripada sistem meridian ini terganggu, badan akan hilang keseimbangannya, dan menyebabkan sistem imun menjadi lemah.

TEKNOLOGI TENAGA SKALAR

Produk holografik dari Energy Wave dicaskan dengan medan elektrik unik menggunakan gelombang skalar, iaitu sejenis tenaga yang ditemui oleh ahli fizik terkemuka bernama Nikola Tesla. Menurut teori Tesla yang telah dibuktikan kemudiannya, elektrik boleh dihantarkan tanpa wayar melalui tenaga skalar. Malahan, tokoh terkemuka Albert Einstein turut mengakui kewujudan tenaga ini dan telah merujuk kepada gelombang skalar pada tahun 19020-an. Pada 2000, ahli fizik dan jurutera dari Jerman bernama Konstantin Meyl telah mendalami usaha Tesla dan melanjutkan penyelidikannya dalam tenaga skalar. Menurut penemuan Profesor Meyl, maklumat genetik didapati bergerak daripada satu sel biologi kepada sel biologi yang lain melalui tenaga skalar.

CAKERA HOLOGRAFIK GELOMBANG TENAGA

Cakera holografik kami dicaskan dengan data yang dirumuskan oleh pakar perubatan biosignal di Energy Wave menggunakan tenaga skalar. Ia harus diletakkan pada titik-titik meridian tertentu pada badan. Apabila cakera holografik diletakkan pada titik akupunktur yang khusus, medan elektrik unik yang terkandung dalam cakera data akan dihantarkan melalui tenaga skalar untuk mengawal aliran tenaga dalam badan. Apabila aliran tenaga dalam badan kita telah dipulihkan, badan akan secara semula jadinya, kembali memperbaiki kesihatan dan kesejahteraannya.

Semua produk Energy Wave dilengkapkan dengan Teknologi Holografik terkini dan adalah 100% asli. Produk kami tidak mengandungi sebarang ubat atau bahan kimia, dan tidak memerlukan suntikan.